Detail Paket
Hari Pertama: Airport – Bukittinggi (L/D)
Perjalanan dimulakan dengan penjemputan di lapangan terbang dan menuju ke
Lembah Anai untuk menikmati keindahan air terjun. Seterusnya, kita akan
melawat Minang Village di Padang Panjang untuk merasai budaya dan warisan
tempatan. Perjalanan diteruskan ke Desa Pandai Sikek yang terkenal dengan
kerajinan tangan. Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, perjalanan
diteruskan ke Bukittinggi untuk melawat panorama baru dengan view yang indah,
jam gadang dan acara bebas berbelanja di pasar atas, Hari pertama diakhiri
dengan daftar masuk hotel di Bukittinggi untuk berehat.
Hari Kedua: Bukittinggi – Maninjau – Padang (B/L/D)
Selepas sarapan cek out hotel, kita akan menuju ke Danau Maninjau dan melawat
Museum Hamka untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan budaya
tempatan. Seterusnya, kita akan menuju ke Puncak Lawang untuk menikmati
pemandangan indah dan melawat Gilingan Tebu. Selepas makan tengah hari, kita
akan menuju Padang via malalak dengan pemandangan yang indah di kaki gunung
singgalang. Hari kedua diakhiri dengan makan malam dan cek in hotel di Padang.
Hari Ketiga: Padang – Airport (B/L)
Selepas sarapan dan keluar hotel, kita akan memulakan perjalanan citytour
Padang. Destinasi pertama adalah Pantai Air Manis untuk melihat Batu Malin
Kundang, diikuti dengan lawatan ke Jembatan Siti Nurbaya dan Kota Tua. Selepas
makan tengah hari, kita akan melawat Mesjid Raya dan Pantai Padang. Perjalanan
anda akan berakhir di lapangan terbang, menandakan tamatnya perjalanan yang
penuh dengan pengalaman dan kenangan indah.
B: Breakfast L: Lunch D: Dinner
Note: Jadual perjalanan boleh diubah oleh pemandu pelancong kerana keadaan
yang tidak dijangka, bagaimanapun tempat untuk dilawati tetap sama