Detail Paket
Hari Pertama: Airport – Bukittinggi (L/D)
Perjalanan dimulakan dengan penjemputan di lapangan terbang dan menuju ke
Lembah Anai untuk menikmati keindahan air terjun. Seterusnya, kita akan
melawat Rumah Gadang di Minang Village untuk merasai budaya dan warisan
tempatan. Perjalanan diteruskan ke Desa Pandai Sikek yang terkenal dengan
kerajinan tangan.
Selepas menikmati makan tengah hari di restoran tempatan, kita akan
melanjutkan city tour di Bukittinggi, melawat panorama baru yang indah.
Kemudian, kita akan ke Jam Gadang, ikon Bukittinggi, dan berbelanja di Pasar
Atas. Hari pertama diakhiri dengan makan malam dan daftar masuk hotel untuk
berehat.
Hari Kedua: Bukittinggi – Puncak Lawang – Padang (B/L)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, kita akan menuju ke Puncak Lawang
untuk menikmati pemandangan indah. Seterusnya, kita akan melawat Museum
Hamka dan Gilingan Tebu Lawang. Selepas makan tengah hari, perjalanan
diteruskan ke Padang untuk city tour.
Di Padang, kita akan melawat Pantai Padang, Mesjid Raya Sumbar, Jembatan Siti
Nurbaya, dan Kota Tua. Perjalanan anda akan berakhir dengan penurunan di
lapangan terbang atau hotel di Padang, menandakan tamatnya perjalanan yang
penuh dengan pengalaman dan kenangan indah.
B: Breakfast L: Lunch D: Dinner
Note: Jadual perjalanan boleh diubah oleh pemandu pelancong kerana keadaan
yang tidak dijangka, bagaimanapun tempat untuk dilawati tetap sama.